Thursday, 15 September 2011

Tips perniagaan internet

Assalamualaikum. Topik ni tetiba jer datang, rasa perlu ditulis...
Aku mula menjual kat internet ni melalui laman web paling senang nak buat iklan dan memang ramai yang dah kenal MUDAH.MY. rasanya dah masuk 4 tahun secara tak serious menjual dengan cara ni. Produk pertama yang dijual radio vcd player aku yang dah lama tak pakai. tak sangka ramai yang minat, mungkin harga yang aku tawar, murah dr pasaran. pastu aku teruskan dengan menjual barang simpanan aku yang dah tak pakai. Dumbell, RC Helicopter, Dart set, DVD writer, Rim Kereta sehinggalah Lot Tanah Bonglo aku, dijual dlm Mudah.my dan web lain seangkatan dengannya.
Barang jadi Wang.
Photobucket
Tahun 2011 ni aku lebih serious. aku dah mula membuat blog khas untuk mengiklankan barangan jualan aku yang semakin banyak. http://azkaat.blogspot.com/ DAN http://mahu-itu.blogspot.com

Tips Perniagaan Internet / menjual barang melalui internet
1. Ada barang untuk dijual yang masih elok, berfungsi, baru/terpakai.
2. Tentukan harga barang anda bedasarkan harga pasaran semasa atau tentukan sendiri sewajarnya.
3. Ambil gambar digital barang yang hendak dijual.
4. Buka laman web iklan seperti ebay, mudah, lelong dll dan MUATNAIK (upload).
nota: Tiada bayaran dikenakan oleh mudah.my, ebay dan lelong tapi ebay dan lelong mengkehendaki kita mempunyai akaun Paypal pula (bekenaan bayaran dengan credit card).
5. Tuliskan butiran barangan yang dijual seperti jenama, kegunaan, saiz, kelebihan dll.
6. Tentukan kaedah pembayaran oleh pembeli samada :
     i. COD (Cash on delivery) ; Samada barang dihantar sendiri atau diambil sendiri oleh pembeli
     ii. Transfer account and post.
7. Tentukan samada barangan yang dijual terbuka kepada sebarang lokasi di dunia, negara, negeri, daerah, zon, kampung dll. Sekiranya perlukan penghantaran samada post atau kenderaan, kadar yang bersesuaian perlulah diambilkira dalam kos jualan.
8. JANGAN LUPA TULISKAN NO. PHONE UNTUK DIHUBUNGI. Kegagalan menyatakan cara menghubungi penjual bermakna barangan tu takkan dijual langsung.
9. Jika barang telah dijual, padamkan iklan anda dari laman web berkenaan.
  
Ni antara tips yang simple jer untuk sesiapa yang baru nak mula berniaga cara cam ni...
Tak susah, takde kena bayar cukai, tak yah buka meja kat pasar, takder penguatkuasa nak rampas barang pasal takder permit meniaga, SSM tak perlu. yang perlu ingat terus update barang jualan tu untuk terus diiklan sampai DIJUAL.