Thursday, 18 August 2011

Lagu Bulan Ramadhan

Mencari lagu-lagu berkenaan Ramadhan?
Kat link ni aku upload lagu lagu berkenaan bulan ramadhan.

http://azkaat.multiply.com/music/item/371/Ramadhan

Semoga terhibur.


Monday, 15 August 2011

Kena Tukar Tayar Lagi..

Satu hari yg merapu,
Apa nak buat, nak tak nak kena tukar jugak.
Tujuan asalnya nak buat Alignment tayar jer.
Sekali budak woksyop tu kata kena buat CAMBER jugak.
Buat gak lah. Dah patut sangat lah aku buat, sebabnya tayar dah makan sebelah, lebih ketara yang di depan. Huh, masuk ni dah second time aku kena wat Camber ni dlm thn ni, last aritu bulan 7/2011 (termasuklah ganti skali 2 biji tayar depan yang dah makan tepi gak).

Bila dah Jack keta naik nampak tayar depan tu dah makan sangat plak, Pomen tu pon offer tayar second kat aku, ada bunga lagi, pun Brand BARUM gak. angkat pasang... siap.

Sunday, 14 August 2011

Paypal says “Your account access is limited”, pengalaman – selesai dalam sehari…

Memang tak paham pada mulanya maksud Paypal ni. apa yang limited? so saya baca la mengenainya.
‘Access Limited’ bermaksud anda tidak boleh melakukan transaksi contohnya send or withdraw duit namun menerima duit dari account Paypal adalah dibenarkan.
Saya baru sedar pagi semalam 3/9/2010  time nak buat payment ( menang bidding eBay), sebetulnya ni kali pertama saya buat payment guna Paypal, ni transaksi kedua dalam eBay, kali pertama pakai M2U je. Bila Paypal dah limited access opsyen payment yang ada Personal Cheque jer. (tu pun saya tak tau nak wat mulanya).
Terus Chek Paypal account, ikut kehendak2 yg Paypal dengan senarai yang perlu di Resolve. Untuk account Paypal saya ni, saya dikehendaki :
1 Confirm your credit card
2 Proof your Address
3 Change your password
4 Update security question
Untuk Item 1,3 dan 4 tu takder masalah untuk diselesaikan segera, cuma proof your address tu yg leceh sikit, sebab nak kena cari dokumen yang ada nama kita dan alamat. Pada mulanya saya cuma ada Resit bayaran bil air jer (scan dan send). Bila baca panduan Paypal, dokumen yang dicadangkan adalah kategori utiliti melalui dokumen pos sahaja seperti Penyata Bank Akaun, bil telefon, perkhidmatan air / eletrik, so saya pun tambahkan lagi dokumen saya iaitu surat penyata bank kad kredit dan bil TNB (scan dan send lagi).
Syukur, pada 11.45pm 4/9/2010 saya dapati ianya telah FULLY RESTORED.
Janganla jadi lagi… kalaulah boleh Paypal gunakan kaedah INGATKAN DAHULU perkara yang perlu dibuat sebelum TERUS BEKUKAN , tidaklah menimbulkan masalah lain kepada penggunanya.

Azkaat dah mula ber blog!!!

Salam kepada anda yang menyinggah.

Pada mulanya tak terfikir langsung nak memiliki blog, Baca orang punya cukup la. Namun perasaan ingin mencuba, ingan bercerita pengalaman yang dilalui telah menyemarakkan perasaan saya menghasilkan post yang pertama iaitu “Account Access Limited – pengalaman, selesai dalam sehari”. Sungguh teruja nak bercerita sampaikan rasa nak cerita dari mula sampai akhirnya. Tapi saya sedar, ada yang tidak perlu dinyatakan. Ianya akan menjadi sekadar membuang masa.

Dengan jujur saya katakan bahawa blog ini dibuat semata-mata untuk memudahkan saya mengiklankan produk jualan melalui medium internet. Semuanya adalah kerana satu kesimpulan sendiri bahawa dunia internet adalah tanpa sempadan. Jika saya dapat mengiklankan di internet,bermakna saya juga akan dapat menjualnya di sini.

Namun saya sedar, bloging bukan sekadar menjual produk, tetapi berkongsi dengan orang lain mengenai pelbagai cerita kehidupan. Ada yg bergosip, memberi panduan, menjalankan jualan dan sebagainya.

Mungkin saya juga akan buat semuanya…