Sunday, 14 August 2011

Paypal says “Your account access is limited”, pengalaman – selesai dalam sehari…

Memang tak paham pada mulanya maksud Paypal ni. apa yang limited? so saya baca la mengenainya.
‘Access Limited’ bermaksud anda tidak boleh melakukan transaksi contohnya send or withdraw duit namun menerima duit dari account Paypal adalah dibenarkan.
Saya baru sedar pagi semalam 3/9/2010  time nak buat payment ( menang bidding eBay), sebetulnya ni kali pertama saya buat payment guna Paypal, ni transaksi kedua dalam eBay, kali pertama pakai M2U je. Bila Paypal dah limited access opsyen payment yang ada Personal Cheque jer. (tu pun saya tak tau nak wat mulanya).
Terus Chek Paypal account, ikut kehendak2 yg Paypal dengan senarai yang perlu di Resolve. Untuk account Paypal saya ni, saya dikehendaki :
1 Confirm your credit card
2 Proof your Address
3 Change your password
4 Update security question
Untuk Item 1,3 dan 4 tu takder masalah untuk diselesaikan segera, cuma proof your address tu yg leceh sikit, sebab nak kena cari dokumen yang ada nama kita dan alamat. Pada mulanya saya cuma ada Resit bayaran bil air jer (scan dan send). Bila baca panduan Paypal, dokumen yang dicadangkan adalah kategori utiliti melalui dokumen pos sahaja seperti Penyata Bank Akaun, bil telefon, perkhidmatan air / eletrik, so saya pun tambahkan lagi dokumen saya iaitu surat penyata bank kad kredit dan bil TNB (scan dan send lagi).
Syukur, pada 11.45pm 4/9/2010 saya dapati ianya telah FULLY RESTORED.
Janganla jadi lagi… kalaulah boleh Paypal gunakan kaedah INGATKAN DAHULU perkara yang perlu dibuat sebelum TERUS BEKUKAN , tidaklah menimbulkan masalah lain kepada penggunanya.

No comments:

Post a Comment