Sunday, 14 August 2011

Azkaat dah mula ber blog!!!

Salam kepada anda yang menyinggah.

Pada mulanya tak terfikir langsung nak memiliki blog, Baca orang punya cukup la. Namun perasaan ingin mencuba, ingan bercerita pengalaman yang dilalui telah menyemarakkan perasaan saya menghasilkan post yang pertama iaitu “Account Access Limited – pengalaman, selesai dalam sehari”. Sungguh teruja nak bercerita sampaikan rasa nak cerita dari mula sampai akhirnya. Tapi saya sedar, ada yang tidak perlu dinyatakan. Ianya akan menjadi sekadar membuang masa.

Dengan jujur saya katakan bahawa blog ini dibuat semata-mata untuk memudahkan saya mengiklankan produk jualan melalui medium internet. Semuanya adalah kerana satu kesimpulan sendiri bahawa dunia internet adalah tanpa sempadan. Jika saya dapat mengiklankan di internet,bermakna saya juga akan dapat menjualnya di sini.

Namun saya sedar, bloging bukan sekadar menjual produk, tetapi berkongsi dengan orang lain mengenai pelbagai cerita kehidupan. Ada yg bergosip, memberi panduan, menjalankan jualan dan sebagainya.

Mungkin saya juga akan buat semuanya…

No comments:

Post a Comment